Saturday, April 23, 2011

Mencari Kebahagiaan Hakiki :)

Assalamualaikum sahabat semua...note ni saya ambil dari 'my note' from facebook hehe...saja nak berkongsi :)

Ada orang kata kebahagiaan terletak pada indahnya sesebuah perhubungan bersama orang yang tersayang. Tak kisahlah sama ada bersama kekasih, suami/isteri, ibu dan ayah, adik-beradik, anak-anak mahupun teman-teman (sekepala)<-- orang kata :)..

Bagiku, atau bagi kamu juga yang mungkin berpendapat sepertiku..untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki mestilah ditunjangi dengan rasa cinta yang tulus kepada Maha Pencipta Allah s.w.t. Ramai orang pada hari ini menyayangi seseorang kerana dirinya rasa 'seperti' disayangi oleh orang itu (macam give and take). Tapi bila fikir-fikir lagi persoalan pun timbul.."mengapa aku sayangkan dia?"<-- cinta itu buta :)..."adakah dirinya mencintai Allah?"...

(Analogynya senang saja...)

Mengapa sesebuah kasih-sayang itu perlu ditunjangi atas rasa cinta yang tulus kepada Allah s.w.t~?


  1. Menyayangi Ibu dan Ayah: Setiap anak dituntut agar mengasihi kedua ibu dan ayah dengan melaksanakan segala perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Allah juga mengajarkan doa kepada hamba-Nya yang bermaksud..."Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku masih kecil"

  2. Menyayangi Suami/Isteri: Dalam mewujudkan rumahtangga yang sakinah (mawaddah warohmah), perlulah suami dan isteri saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. Berkasih sayang kerana Allah dapat melahirkan zuriat dan juga keturunan yang soleh dan solehah.

  3. Menyayangi antara Adik-beradik (Keluarga): Yang tua dihormati yang muda disayangi. Insya'Allah akan membenarkan pepatah "rumahku syurgaku".

  4. Menyayangi anak pula merupakan kewajipan setiap Ibu-bapa kerana ia adalah hak anak-anak untuk disayangi :)

Tapi ini ada satu 'part' yang paling 'best' untuk dibahaskan haha<--- boleh teka?..


Menyayangi antara kasih-kekasih (lagu In-Team gitu...)
Bagaimana kamu menzahirkan rasa kasih dan sayang antara kamu dan 'kekasih' kamu?



  1. Ajak keluar berdua pegi 'library' nak baca buku. Bagus tu, sama-sama nak tambah ilmu...

  2. Ajaklah pegi kfc, pizza hut or secret recipe? <--pergh semua kat oversea tu :P

  3. Ajak pegi tengok wayang, tengok cerita terbaru, romantik pulak tu huhu...
    (seperti di ataskah interpretasi anda?...)

Atau, bila ditanya kenapa kamu sukakan dia?



  1. Dia cantik/handsome then smart, good looking, etc...

  2. Dia bijak, peramah, senang bawa berbual and paling penting bekerjaya haha...

  3. Dia selalu sms tatkala aku rindu, tak pun YM, FB or TWITTER<--keluar semua laman sosial :)

  4. Walaupun agak nakal, tapi sebenarnya dia ni baik...<-- pergh..cepat sangat 'describe'

SEKADAR PERINGATAN UNTUK PASANGAN "BERCINTA"

Berkasih-sayanglah kamu kerana Allah s.w.t kerana itulah sebaik-baik nikmat menyayangi dan disayangi. Bukan tidak boleh langsung keluar dengan teman istimewa kamu tapi bawalah 'orang' yang ketiga seperti adik atau rakan. Jangan berdua-duaan kerana syaitanlah yang ketiga yang akan menjerumus kamu kelembah hina, na'udzubillah...


Janganlah menyayangi atau mencintai seseorang lebih daripada kamu mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya kerana tiadalah yang kekal di dunia ini melainkan Allah s.w.t..Renungilah, hayatilah dan insafilah Firman Allah s.w.t dari ayat 24 Surah Al-Taubah di bawah ini, yang bermaksud:

“Katakanlah..jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta jihad pada jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintah-Nya, sedang Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat”

Sama-samalah kita mengambil iktibar.. :)
Wallahua'lam bissawab...
Full Edited (except Firman Allah s.w.t) by: Mufida Misran

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...