Thursday, April 28, 2011

o.O*..Thinking Who I am...

At night I was thinking...
Think the things which is suppose to be me...
A real me...

Is it what I've look all day long or perhaps all year long is the real me?
Or.. am I hypocrite to show a 'better' me?

" I am this, I do this, I read this, I go this, I all bla..bla..bla.. "
Last but not least...I am better than others huh... :'

How cruel I am...
Not to others, but surely to myself...
So arrogant... :'

Allah..please lean me into Your way...
Guide and Bless me into Your Nur...
I am a slave with sin burdening my shoulder ...
I'm so shy... :'


This morning I woke up...
With smiling faces...
I know, I am not perfect...

As others, no body is perfect...
I am who I am...as you can see...
What I've wrote is what my heart saying...
I'm just sharing in term of remind each others...

Everyday we need to be reminded...
It maybe from others (Muhasabah, family, friends, teachers, etc...)...

But probably it should be Us the first person to remind ourself...
Insya'Allah...even we're not good enough, but Allah will show Us the way...
Amin...

"No One is perfect except Allah s.w.t...SubhanAllah"

edited by me: mufida_

Monday, April 25, 2011

-.-' Tired but... Alhamdulillah :)

Today I am so tired
Walking along the road, probably takes a lot of energy huhu..
But, if I think back again...there is smile saw in my face :)



I think it's not a big deal actually
I walk for sharing knowledge with others, teach 'em what I know in Islamic edu...
And if I work because of Allah
For sure there were no sigh anymore...
Just keep a good work and keep smiling :)

Alhamdulillah_

Saturday, April 23, 2011

Salute You Mom :)




Everyday is a journey, for her there is no 'tired' words.


She is strenght person with Allah in her heart.


Work for family, friends and community, she's never sigh.


Walk around half (km)/day to give knowledge about fardhu 'ain & fardhu kifayah become satisfaction in her life.


Strive to get knowledge in real muslim daily life even her age a bit high then the others.


She is Dakag@Mutiah Jawali my supermom :)


May Allah bless her and enter her in Jannah afterworld, Ameen_


Always love you: your daughter Mufida*

Mencari Kebahagiaan Hakiki :)

Assalamualaikum sahabat semua...note ni saya ambil dari 'my note' from facebook hehe...saja nak berkongsi :)

Ada orang kata kebahagiaan terletak pada indahnya sesebuah perhubungan bersama orang yang tersayang. Tak kisahlah sama ada bersama kekasih, suami/isteri, ibu dan ayah, adik-beradik, anak-anak mahupun teman-teman (sekepala)<-- orang kata :)..

Bagiku, atau bagi kamu juga yang mungkin berpendapat sepertiku..untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki mestilah ditunjangi dengan rasa cinta yang tulus kepada Maha Pencipta Allah s.w.t. Ramai orang pada hari ini menyayangi seseorang kerana dirinya rasa 'seperti' disayangi oleh orang itu (macam give and take). Tapi bila fikir-fikir lagi persoalan pun timbul.."mengapa aku sayangkan dia?"<-- cinta itu buta :)..."adakah dirinya mencintai Allah?"...

(Analogynya senang saja...)

Mengapa sesebuah kasih-sayang itu perlu ditunjangi atas rasa cinta yang tulus kepada Allah s.w.t~?


  1. Menyayangi Ibu dan Ayah: Setiap anak dituntut agar mengasihi kedua ibu dan ayah dengan melaksanakan segala perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Allah juga mengajarkan doa kepada hamba-Nya yang bermaksud..."Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku masih kecil"

  2. Menyayangi Suami/Isteri: Dalam mewujudkan rumahtangga yang sakinah (mawaddah warohmah), perlulah suami dan isteri saling sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. Berkasih sayang kerana Allah dapat melahirkan zuriat dan juga keturunan yang soleh dan solehah.

  3. Menyayangi antara Adik-beradik (Keluarga): Yang tua dihormati yang muda disayangi. Insya'Allah akan membenarkan pepatah "rumahku syurgaku".

  4. Menyayangi anak pula merupakan kewajipan setiap Ibu-bapa kerana ia adalah hak anak-anak untuk disayangi :)

Tapi ini ada satu 'part' yang paling 'best' untuk dibahaskan haha<--- boleh teka?..


Menyayangi antara kasih-kekasih (lagu In-Team gitu...)
Bagaimana kamu menzahirkan rasa kasih dan sayang antara kamu dan 'kekasih' kamu?



  1. Ajak keluar berdua pegi 'library' nak baca buku. Bagus tu, sama-sama nak tambah ilmu...

  2. Ajaklah pegi kfc, pizza hut or secret recipe? <--pergh semua kat oversea tu :P

  3. Ajak pegi tengok wayang, tengok cerita terbaru, romantik pulak tu huhu...
    (seperti di ataskah interpretasi anda?...)

Atau, bila ditanya kenapa kamu sukakan dia?



  1. Dia cantik/handsome then smart, good looking, etc...

  2. Dia bijak, peramah, senang bawa berbual and paling penting bekerjaya haha...

  3. Dia selalu sms tatkala aku rindu, tak pun YM, FB or TWITTER<--keluar semua laman sosial :)

  4. Walaupun agak nakal, tapi sebenarnya dia ni baik...<-- pergh..cepat sangat 'describe'

SEKADAR PERINGATAN UNTUK PASANGAN "BERCINTA"

Berkasih-sayanglah kamu kerana Allah s.w.t kerana itulah sebaik-baik nikmat menyayangi dan disayangi. Bukan tidak boleh langsung keluar dengan teman istimewa kamu tapi bawalah 'orang' yang ketiga seperti adik atau rakan. Jangan berdua-duaan kerana syaitanlah yang ketiga yang akan menjerumus kamu kelembah hina, na'udzubillah...


Janganlah menyayangi atau mencintai seseorang lebih daripada kamu mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya kerana tiadalah yang kekal di dunia ini melainkan Allah s.w.t..Renungilah, hayatilah dan insafilah Firman Allah s.w.t dari ayat 24 Surah Al-Taubah di bawah ini, yang bermaksud:

“Katakanlah..jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta jihad pada jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintah-Nya, sedang Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat”

Sama-samalah kita mengambil iktibar.. :)
Wallahua'lam bissawab...
Full Edited (except Firman Allah s.w.t) by: Mufida Misran

Warkah Pilu... -.-'


Warkah Pilu_edited: Sat, 23 April 2011 at 12:11am

Kedinginan malam menghambat diri, sukar untukku melelapkan mata…sejuta persoalan berlegar diminda, adakah esok lebih bermakna? Hati berkata, minda menduga, jasad tak berdaya, lalu aku terus leka membuai diri dengan mimpi indah…

Entahlah, hendak dikatakan terkenang orang jauh semuanya dekat dipandangan…mungkin aku masih sukar melupakannya. Tiba-tiba lagu yang pernah didendangkan kumpulan nasyid El-Suraya suatu ketika dulu terkenang-kenang kembali…ku hayati liriknya beberapa bait..

“bila terdengar suara azan, bergema sayup menjelang pagi, dalam irama ku kirim pesan, sebagai tanda aku dah pergi…”

Sebak menyelubungi perasaanku…

Beberapa waktu kebelakangan ini kudapat merasakan hidupku dihimpit kesuraman, perasaan seperti tidak seceria dulu, fikiran mudah memainkan angan-angan kosong lantas kemurungan menyelubungi diri…adakah masalah yang menghimpit jiwa? adakah jiwa yang saja berduka?

Kucuba kuatkan diri…sekali-kali tidak akan menyalahkan takdir…bukankah aku mempunyai akal untuk berfikir? Satu kekuatanku…yang memberi aku semangat untuk melangkah sehari lagi kehadapan, yang memberi aku makna penghidupan, yang menuntun aku ke arah terangnya jalan…ya, Allah s.w.t…

Ya Allah…bimbing aku ke arah kebaikan, cegah aku ke arah kemungkaran, jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur, agar aku hidup di alam reality, agar hilang semua dukaku, agar terlerai segala kekusutanku, agar aku hidup hanya kerana-Mu ya Allah….dan semoga apa yang aku ucapkan dalam ibadahku dapat aku kotakan…

“Inna Solaati Wanusuki Wamah Yaaya Wamamaati Lillahi Robbil ‘alamin”

-Sesungguhnya, Solatku, Ibadahku, Hidup dan Matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Tuhan Yang Mentadbir seluruh alam-

Amin..ya Robbal ‘alamin Wassalam -mufida-

Monday, April 18, 2011

Aku Sang Pemimpi

Assalamualaikum...


Sebenarnya title entry ni dah lama edit, but i've just got the ideal time to write the content :). Never mind, just continue writing.

Cuma ingin meluahkan sesuatu yang belum pasti. Lumrah manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik, melalui fasa2 menggembirakan dalam kehidupan dan berjaya dalam setiap yang diusahakan. Aku salah seorang antara kamu yang juga inginkan sedemikian. Jika kamu menjadi aku, mungkin sukar bagi kamu menjalani kehidupanku. Alhamdulillah, aku menjadi insan pilihan Allah untuk menjalani kehidupanku tika ini. (setiap manusia telah tertulis kisahnya di lauh' mahfuz :)

Aku menginginkan banyak perkara atau benda yang baik datang dalam hidupku (siapa yang tidak menginginkan kebaikan?). Darilah bab personaliti, akhlak, kerjaya, kekeluargaan, insan yang ditakdirkan untukku, pergaulan, dan yang paling penting sekali dalam hubunganku bersama yang Maha Pencipta, Allah s.w.t. Aku ingin semuanya berlaku seperti mimpi indah yang membuatkan si sang pemimpi tidak ingin bangun dari lenanya.

Aku tidak ingin mengeluh atas apa yang telah aku lewati selama ini, namun yang pastinya, ia tidaklah seindah mimpi (macam novel Sh. Abu Salem pulak :)..dan jika aku si sang pemimpi itu sudah pasti aku ingin cepat2 bangkit dari lenaku dan memohon keampunan dari Allah atas segala kealpaanku selama ini. Alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan untuk melalui fasa2 sukar dalam hidupku.

Aku ingin melakukan sesuatu yang hasilannya bukan sahaja baik dipandangan manusia, tetapi apa yang paling penting bagiku ianya baik disisi Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Namun aku takut pada hatiku sendiri. Ia seperti dirobek2 dan seperti ada iri tatkala melihat orang lain berjaya, bahagia dan melalui fasa2 hidup seperti yang diimpikan oleh setiap insan, sementara aku cuma menjadi sang pemimpi<-- na'udzubillah..Ampuni aku ya Allah. Kadang-kadang terdetik di hati 'apa kurangnya usahaku selama ini?..' atau aku belum melakukan usaha yang 'munassibkah?'. Astaghfirullahal'azim..


Ya Allah...sesungguhnya aku ini benar2 hamba yang berdosa, kerdil lagi hina. Ampuni aku ya Rahim~!!! :'\<--- really, I am the sinner and I'm touch of myself :'(

Forgive me Allah...Forgive me :'(

"Robbana zolamna anfusana, wa'illam taghfirlana, watarhamna lanakunanna minalqhosirin"

-Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, sekiranya Engkau tidak mengampuni dosa kami, amat pastilah kami akan tergolong daripada orang yang rugi.


Jazakallahu khair...

Saturday, April 9, 2011

Al-Kuliyyah TV3 08 April 2011 at 05:00PM Tajuk: Akhlak Dalam Maya

Pengajaran yang saya peroleh...
  1. Kalau memberi komen di laman sosial seperti FB ni berilah komen-komen yang membina, bahasa dijaga kerana apa yang ditulis mulanya terbit dari hati kecil itu sendiri.
  2. Kalau berkongsi Ayat-ayat Quran & Hadis-hadis Nabi mestilah bersumberkan sumber-sumber yang sohih(dijamin kebenarannya), bukan di'copy paste' dari sesiapa.
  3. Kalau 'upload' gambar jangan 'upload' gambar-gambar yang kurang sopan atau yang tidak menutup aurat (bagi yang beragama Islam), haram hukumnya.
  4. Sekiranya semasa melayari internet terdapat 'advertisement' ataupun iklan-iklan yang agak "keterlaluan" yakni aksi-aksi yang agak mengghairahkan (xdpt fikirkan ayat lain yg lbh sopan), cepat-cepat alihkan pandangan dan tutuplah laman tersebut. Janganlah direnung atau ditenung lama-lama. Kerana kalau tidak disengajakan tidak akan mendatangkan dosa. Berdosa jika sengaja!
  5. Berkongsilah ilmu yang berfaedah bersama rakan-rakan.
  6. Jika membuat perniagaan atas talian (e-dagang), mestilah jujur dan benar kerana setiap ringgit hasil jualan kita menjadi darah daging. Jika ada orang yang teraniaya, maka ingatlah doa orang teraniaya tidak ada hijab dengan Allah.
  7. Pastikan anak-anak sentiasa dipantau semasa melayari internet. Kalau boleh biarlah komputer, laptop dan perkakasan berinternet diletakkan di tempat yang senang kita memantau seperti ruang tamu.
  8. Beriman kepada qada' dan qadar Allah. Ingatlah, Allah sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, rasakan dan lakukan. Wallahua'lam bissawab_

Panel: Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang

Moderator: Ustaz Fauzi Mustaffa

Edited note by: Mufida Misran

Saturday, April 2, 2011

Pagi Yang Malap



Tatkala subuh bergegas pergi, jiwa kosong menyelubungi diri...

Mencari-cari makna hidup, merangkak-rangkak menggapai mimpi...

Atau adakah ianya akan kekal sekadar mimpi?


Hati bertanya-tanya, minda meneka-neka...


mengapa?, mengapa?, dan mengapa?


Sayup sebak menyelubungi...


Tatkala fajar menyinsing pergi, mentari mulai menyinar lagi... Tapi mengapa mendung berarak kembali?


Apakah akan muncul pelangi yang berseri?


Ku mohon pada-Mu Ilahi...


Munculkanlah pelangi itu dalam hidupku...


Agar ku tidak terus dirundung pilu...


Agar ku tidak lagi alpha pada-Mu...


Agar aku mampu membuka lembaran baru...


Jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur...


Jadikan aku hamba yang hanya menCINTAi-Mu...


Jadikan aku Muslim yang hanya ada dihatinya nama-Mu ya Allah & juga Rasul-Mu...Amin

Permulaan Baru


Aku kembali bermula semula, cuba memperbaiki sejarah lama...dan aku berharap tidak mengulanginya. Bersyukurku memperoleh peluang ini, semoga Allah memberkati hari-hari lalu dan mendatang yang aku tempuhi...Amin_

Friday, April 1, 2011

CiNta

Assalamualaikum...hari ni nak kongsi pasal 1 ayat yang semua orang ingini or maybe ingini iaitu CINTA (capital letter gitu haha..). Apa makna cinta pada diri anda? Ini yang saya nak kongsikan. CINTA bagi saya KESETIAAN (maybe the meaning differ in each others minded). Bagi saya untuk hubungan kita sesama manusia hanya perasaan kasih & sayang, tetapi cinta lahir untuk hanya yang Maha Esa iaitu Allah. Walaupun banyak orang mengatakan "saya cinta suami saya" atau "saya cinta ibu dan ayah" and so on & so forth, tapi thats wrong...cinta tak akan membawa perselisihan, persengketaan, atau perbalahan. Tetapi pada masa ini, mengapa berlakunya perceraian dalam rumahtangga?, mengapa adanya rumah orang-orang tua? dan mengapa adanya gejala pembuangan bayi?. Ini kerana, cinta bukan untuk manusia. Yang ada cuma kasih ataupun sayang (formula: kasih+sayang=CINTA), jadi kalau kekurangan salah satunya tidak dapat melahirkan cinta. Lihat bagaimana seorang hamba mencintai Penciptanya(Allah s.w.t). Seseorang itu akan memtaati perintahNya, menjauhi laranganNya & sedaya upaya memperbaiki dirinya untuk mendapat redha dariNya. Ini tidak dilakukan hanya sementara waktu tetapi untuk selamanya. Jadi, manusia yang menjauhi Allah dengan tidak mematuhi perintahNya, then melakukan pula' laranganNya maka PERCAYAlah bahawa TIADA CINTA dalam dirinya. Wallahua'lam_mufida

Sunyi

Sunyi..Sepi..

Adakala ia membuatku mengingati-Mu

Adakala ia membuatku alpa pada-Mu


Apabila ia menjamah hariku

Seringkali ku rasakan semakin dekat pada-Mu

Tetapi, kerap kali jugalah syaitan membisikkan padaku… agar seketika melupai-Mu


Dengan mata yang penuh dosa

Dengan telinga yang penuh noda

Dengan tubuh yang seringkali tidak bermaya

Aku seringkali tergelincir ke lembah hina


Minda seringkali memainkan angan-angan kosong

Jiwa seringkali mempersoalkan nasib diri

Lalu airmata meluncur perlahan kepipi


Iman..

Ya, Iman..

Itulah nikmat yang paling berharga bagiku yang bergelar Muslim

Ketika aku tergelincir Iman membisikkan padaku

Bahawa Allah setiasa mengampuni hamba-Nya

Ketika aku bersedih Iman membisikkan padaku

Bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya


Sunyi..

Ia membahagiakan hatiku tatkala mengingati-Mu

Sunyi..

Ia meruntun jiwaku tatkala bersedih terhadap kehidupanku

Sunyi..

Ia membelenggu diriku tatkala alpa pada-Mu


Ya Allah..

Ampuni hamba-Mu yang alpa ini…

Dan jadikan hamba-Mu ini insan yang sentiasa bersyukur…Amin…


Nukilan: Mufida

Engagement


Once It approach into our life

It gain thousands feeling

Happy or joyful or glad, Maybe When we didn’t get an experience…

Have a strong feeling for someone before?

Sad or tearful or sorrow When we get an experience…That our feeling didn’t get any response or being revenge

Sometimes It ask for decision Do or Done

But, is it calmness our heart if we say?

Yes, I do or No, I done?

Engagement

It needs a lot of responsibility and commitment

Not only from one side

It needs strong decision from both sides

Vow

Yes, our intention to be engage with someone

Is it by the reason of Allah or just to fulfill appetite?

Na ‘udzubillah...Please Comeback to Islamic domestic Muslims intention to be engage or get married

InsyaAllah Is Lillahita ‘ala

Our live and dead is because of Allah


This is du ‘a for brides

Hopefully we memorize it and supply it to everyone that going to be married!

“Barkallahu Laka Wa Baraka ‘Alaika Wa Jama ‘a Bainakuma Fi Khair”

Meaning: “May Allah blessings this bride and may Allah integrate their affiliation for a better life”_ Amin!


Edited by: Mufida
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...