Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Monday, October 22, 2012

- Jomlah ! -


“Jomlah,
kita try hidup happy dengan apa yang kita ada..

Jomlah,
kita cuba hidup bahagia dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.

Jomlah,
kita belajar terima hakikat.

Jomlah kita belajar hargai apa yang depan mata dan apa yang akan berlaku kelak,
bukan terus mengingati momen2 indah yang dah berlalu pergi.

Jomlah, jadi diri sendiri.
be happy, be grateful.
bukan untuk orang lain.
bukan untuk dia.
bukan untuk parents kita,
tapi at least untuk diri sendiri.
so that kita akan appreciate hidup ni, 
kita akan hargai nyawa kita, hargai hidup kita yang cuma sekali.

Jomlah.
lepaskan semua benda-benda yang buat kita sedih itu pergi.
kalau boleh buang, buang jauh-jauh.
ada sesetengah benda tu kita kena buang bukan sebab kita dah tak sayang,
tapi kadang-kadang dah takde tempat nak simpan,
atau dan terlalu buruk dan merbahaya kalau disimpan..

buanglah, bukan dengan kebencian tapi kasih sayang.

May Allah bless, may Allah ease..”

— ~ cubalah ~ (via tersenyum-melihat-langit)

Friday, May 13, 2011

Sahabat



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya;-
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Semoga persahabatan ini mendapat redha Allah~!
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah dalam amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang yang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Credit to *hidupuntukyangmahahidup.blogspot.com

Thursday, May 12, 2011

Friendship

Salam ya sahabi>>Smile<<

Hari ni rasa macam nak cakap pasal kawan. Bukan nak mengumpat<--(ayat yang selalu jadi modal kita), tapi nak berkongsi ragam dan nama2 kawan yang pernah menyandang gelaran *bff a.k.a best friend forever darilah zaman kinder sampai zaman universiti.

My bFF~!

Zaman Tadika & Darjah.

- Waktu ni agak ingat2 lupa pulak siapa bffku haha..maklumlah, zaman prasejarah lagi :p. Tapi ada sorang yang dapatku senaraikan berdasarkan kriterianya yang membantu menjalankan misi jahat kanak2 riang ria<--waktu itu sahaja ya :D. Namanya Inamari. Jiran merangkap kawan main masak2 di bawah kolong rumahnya. Kami memasak di dalam tin milo (masak betul2 ni..). Dah siap masak, kami makanlah sama2. Dia juga geng merempit menggunakan basikal.

- Sahariana. Aku prefer panggil dia sahria :). She's a nice girl berbangsa bugis dan sangat ayu. Dia ni geng main masak2 jugak, tapi yang paling meninggalkan kesan dengan dia ni ialah dia selalu jadi back up ku kalo aku gaduh dengan budak2 lain<--- terharu :p. Tapi, naik sekolah menengah kami terpisah sebab keluarganya terpaksa balik Indonesia :'(

Zaman Sekolah Menengah (Form 1-6)


- Nurhasmah a.k.a Bib. Bib aku kenal dari sekolah rendah lagi, x silap start sekelas dengan dia masa darjah 3. Bib ni baik orangnya, selalu bantu aku bilaku dalam kesusahan dan suka mendorong aku menjadi lebih baik :)<--- teringat telatah mengisi borang upu lepas habis form 6 dulu :D. Dia juga geng main 'batu seremban' dalam kelas(masa sekolah rendah)..:D<--- anak murid kesayangan cikgu Yatim lagi 2 haha..

- Juliana a.k.a Jul's. Jul's aku kenal masa sekolah menengah. Kami 1 kelas dari tingkatan 1-6. Tapi aku start rapat dengan dia ni waktu form 4 x silap. Kami sama2 jadi geng 'peminat drama korea' dalam kelas haha...Dia ni pun baik juga, selalu bantu aku dalam pelajaran and selalu bagi motivasi pagi masa dalam kelas hehe..<---maklumlah, aku ni dulu agak pemalas buat kerja sekolah, datang sekolah and result pun agak2 average saja :p (+suka ngantuk dalam kelas terutamanya time form 6)

- Masdianie a.k.a Dianie, Malati a.k.a Mal, Misneda a.k.a Mis, dan Suraidah a.k.a Ida: Mereka semua geng2ku yang terbaik juga. Sekelas dari Tingkatan 1-5 dan perangsang buat aku dapat tempat 1-3 dalam kelas :p haha...(terus buat perbandingan markah kalau result sudah keluar kui3...). Kalo time rehat, pakat2 jaga gerai usahawan muda (gara2 malas mau' berbaris). Makanan waktu rehat pula pakat2 kirim dengan Dianie<---maklumlah pengawas keluar awal haha...(malas berebut di kantin)

- Sh.Aini a.k.a Niening. Pun teman 'terapat' juga dulu. Tapi memandangkan dia start2 masuk form 1 sudah memang bijak, masuklah kelas pertama. Kami start 1 kelas masa form 4<---aku boleh2nya terhumban pegi kelas biologi?-kompius jap :p. Dia ni kalau pasal 'mengasi' gelak orang memang #1, tapi dalam pelajaran pun dia ni antara yang terhebat juga hihi..<--- kembanglah ni si niening ninguk ni :p. Oleh kerana dia begitu, aku pun bisa2 juga mau result power dalam exam (walaupun sebenarnya kemampuanku terbatas hahaha...).


Zaman Universiti


- Siti Aishah a.k.a Shah dan Siti Zaharah a.k.a Zarah. Aishah & Zarah orang yang mula2ku kenal tatkala menjejakkan kaki ke bumi sintok. Aku ingat lagi waktu tu aku nak solat dan ku ketuklah bilik diorang nak tanya waktu solat. Boleh2nya terpanggil diorang akak hahaha..padahal sama2 freshee..Then dah tahu diorang pun bakal pindah ke Kolej Kachi1 (sebelum bertukar nm menjadi DPP Bank Rakyat) aku pun selalulah bersama mereka berdua. Sem 1,2 memang sangat2 rapat dengan Shah and Zarah. Asyik lepak bilik diorang<--membuat orang x tenteram hahaha...tapi diorang berdua ni sangat baik, kalau pegi bilik diorang confirm kena hidang makanan and minuman huhu..syok~! Zarah pulak kalau cuti mesti jemput aku pegi rumahnya di kelantan. Pernah jugak stay di rumahnya masa raya sem1 (dengan Mis). Siap meronda naik motor sampai airport KB plak tu haha..memang terbaik~! Thanks Zarah.

- Amira a.k.a Mira, Mirot & Wan Mirot. Hah, dia ni geng juga. Geng yang orang kata 1 otak, badan je lain means sekepalalah huhu...Dia ni aku start kenal sem1 juga sebab dia ni selalu lepak kat bilik Aishah & Zarah, macam aku. Dah tu suka layan karenahku yang agak xberapa betul sikit. Main kejar2 sekitar blog G, main badminton belakang blog G (kalau felo lalu bawa tamu lelaki terus berlari lintang-pukang masuk blog sebab xde tudung hahaha...). Penah juga fight dengan dia, tapi semua tu memupuk lagi persahabatan yang lebih erat (sebab dah tahu hati budi masing2 kui3...:p). Tapi dia memang penyabar orangnya<--- yelah, orang sabar saja yang boleh terus berkawan dengan aku huhu...Baik<--- selalu ambik aku kat airport and let me stay in her house while waiting for flight drop me to sandakan & aku pernah juga sambut raya kat rumah & kampung wan mirot ni hihi..Thanks Mirot~! Really appreciate it<--credit

- Noradila a.k.a Dila atau Dil. Dil merupakan seorang yang sangat terpilih kerana menjadi roomate aku. Bukan senang mempunyai roomate seperti aku ni. Silap haribulan pindah bilik<--- maklumlah, aku ni x brapa nak betul huhu...Tapi dil terbukti seorang yang penyabar dan baik hati. Masa2 stress, dia ni sangat mengambil berat dan dia boleh menjadi pendengar yang baik. Dia juga seorang yang caring terhadap roomate dia hehe..<--selalu ajak aku balik rumahnya, tapi aku selalu bagi alasan. Bukan x mahu, tapi takut menyusahkan dil je huhu...Tapi dah pernah pegi rumah dil juga kat Kamunting, Taiping<--- Sambil berjalan2 ke Tesko dengan menunggang motor, terbaik~!. Dil ni juga seorang yang bijak & cemerlang dalam pelajaran (memang stress kalau tengok dila belajar haha..). Aku pun serba salah nak tidur kalau tengok dil study, memang effort dia 300% hihi...result pun selalu gempak. Dil, maafkan segala tingkahku yang pernah menyinggung hatimu ya. Tiada niat my beloved friend :D. Apapun, kamu memang terbaik. Teh bancuanmu xpernah lapuk diingatanku :D

- Siti Noorhidayah a.k.a Daya atau Ebob. Ebob seorang yang apabila anda melihatnya dia sentiasa relaks/cool. Kalau aku ada apa2 masalah nak dikongsi ataupun waktu2 stress, eboblah tempatku berbicara dan meluahkan huhu..memang dia seorang yang pakar dalam memberi nasihat dan motivasi (boleh buat pakar dah ebob), Terbaik~!. Tapi kalau time dia study, jangan cuba2 mengganggu<---memang x berani hihi...Kalau nak pegi mana2 function, rakan2 selalu minta pendapat bab penampilan/personaliti or fashion kat dia. Memang membantu, maklumlah ebob ni ratu fashion juga. Seorang yang sangat berdikari dan kalau nak keluar jalan jangan lupa ajak dia, confirm ajakan anda tidak dihampakan haha...<--- ebob suka traveling, shoping, clothing, and presenting..emm? oh, teringat pulak kelas public speaking hahaha...studying jangan cakaplah, tengok result dah tau (gempak), memang terbaik~!

- Aqilah a.k.a Qiqi. Qiqi...macam mana nak tulis ye? hehe...qiqi ni sorang kawan yang bila dia ada suasana terus berubah menjadi hingaq (orang utara cakap), ceria and happening huhu... selalu minta ajar finance kat dia, maklumlah memang coursenya. Dia juga pandai make-up tau!. Boleh jadi mak andam hehe...ingat lagi masa dinner fasi, dialah yang make-up cik and kawan2 (dil and ija). Paling syok kalau nak minta pendapat tentang fashion, gadget and whassoever, memang orang first akan tanya qiqilah. Dia pun macam ebob jugak, like fashion and trendy :). Aku memang suka shopping and jalan2 kalau dengan qiqi ni hehe. Terbaik~!

- Norliza a.k.a Ija. Ija ni pun hingaq juga sama macam qiqi. Kalau dua2 bergabung, mak ai gempaq bilik 15G108 haha..<-- tempat kawan2 selalu lepak :). Kami panggil ija ni kembar dil sebab diorang ni sama tarikh lahir [19 Jun]. Kemana2 diorang ni selalu bersama, apatah lagi kalau time balik kampung, dah sorang duduk kamunting and sorang lagi duduk parit buntaq haha..satu jalan je..berpisah kat terminal georgetown :)<-- tau2 je aku ni, ngalahkan orang utara pulak hihi...tapi memang best ija ni kalau bawa online kat mall kachi atau cafe kak mona, sebab dia mesti ada masa, juga terbaik~!

- Roshaiza a.k.a Ros @ Kak Ros. Ros ni pulak jiran aku and dil. Bilik diorang kat depan bilik kitorang je. Apa yang aku ingat kak kak ros ni, seorang yang bijak, kalau exam mesti result power. Aku selalu study dengan dia sampai lewat pagi bersama roomate aku jugak, dil. Bila aku sakit kepala dialah yang tolong picit kepala, aku pun selalu picit kepala dia jugak hehe..[give and take tu haha..]<--- maklumlah, study memang stress sampai boleh kena migrain huhu. Paling x boleh lupa kat ros ni pasal jam tangan dia. Entah bila masa dia buka ye? selalu ada kat tangan :)

- Azniza a.k.a Niza. Niza ni dulu ketua block kitorang. Jadi kalau ada apa2 aktiviti block, kitorang yang tau dulu. maklumlah, niza dengan ebob sangat rapat rentetan diorang berdua ni dulu pernah sebilik (tapi masa sem 1 je). Kalau dah aktiviti block kitoranglah yang jadi ajknya. Di samping itu, niza ni juga selalu bawa aku jalan2 g changlun naik motor. Memang terbaik~! Thanks Niza :)

Sebenarnya banyak lagi bestfriend aku selama 25 tahun hidup di dunia ni. Bagi sesiapa yang baca entry ni dan merupakan sahabat aku, memang awaklah sahabat yang terbaik~! Maaf x dapat listkan nama awak :). Semoga mendapat keredhaan Allah~! Amin_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...