| [My Father & Mother] |
![]() |
| [Father & Son] |
![]() |
| [Sweetest Young Father] |
Ayah
By: Mufida
Ayah..begitu besar pengorbananmu tatkala membesarkanku..
Kau menyayangi aku..kau penuhi inginku..
Dengan keringat yang mengalir dijasadmu..
Kau pertaruhkan tenagamu demi membesarkan aku..
Kau menyekolahkan aku agar jadi insan berguna..
Bukan sahaja untuk keluarga..
Tetapi juga untuk agama, bangsa dan tanah tumpah darah..
Di masa senggang, kau bercerita tentang kehidupan..
Kau mengingatkanku agar sentiasa kembali kepada agama dalam setiap perbuatan..
Kau sentiasa menceriakan suasana kekeluargaan..
Engkaulah tulang belakang keluarga...
Di waktu senang mahupun susah..
Tanpamu aku kehilangan tempat bermanja..
Tanpamu aku hilang segala-gala..
Ayah..
Andai seribu orang memusuhimu, aku akan tetap berada disisimu..
Andai seribu orang mencercamu, aku akan tetap menyanjungmu..
Andai seribu orang menyakitimu, aku akan tetap menjadi perisaimu..
Kerana..
Takkan terbalas olehku..setitis keringatmu membesarkan aku…
Ya Allah..
Panjangkan usia ayahku..
Berikan hidayah dan petunjuk kebenaran kepadanya..
Agar bersama-sama kami merasai nikmat syurgamu Ya Allah…Amin
Terima Kasih Ayah…◕ ‿ ◕
![]() |
| [Sleeping Partner Father] |
![]() |
| [Lecture Father] |
![]() |
| [Imam Father] |
![]() |
| [Palestinian Father] Please pray for them~! |
Happy Father's Day









